Pada Turungngi' Massarapo.

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down

Pada Turungngi' Massarapo.

Post  Admin on Tue Jan 08, 2008 2:14 pm

Botting adalah salah satu acara besar dalam keluarga bugis. Dimulakan dengan upacara melamar (madduta'), sehinggalah kepada majlis terakhir, iaitu mengunjungi rumah mertua (mammatua). Kalangan kaum bugis lebih mentingkan perkahwinan antara sesama ahli keluarga atau rumpunnya (appang). Namun kini, sudah mula dipecahkan tradisi ini. Kerana, generasi sekarang beralasan untuk mengembangkan keluarga, biarlah berkahwin dengan rumpun, suku mahupun bangsa lain. Dikuatkan pula dengan alasan untuk mendapatkan zuriat yang lebih punya potensi dari segi fizikal dan mentalnya.

Namun yang seronoknya tentang botting ini ialah pada waktu seminggu sebelum majlis persandingan. Sikap gotong royong membina 'sarapo' merupakan sikap yang sangat saya kagumi. Meskipun demikian, membina sarapo secara gotong royong sudah mula pudar, kerana adanya khemah pasang siap yang dilengkapi lampu, kipas angin bahkan penghawa dingin pun sudah ada. Di Kunak, khususnya Ladang Mostyn, membina 'sarapo' secara gotong royong masih kuat...harap-harap terus dikekalkan.

Dari mula sarapo di bina, rumah pengantin sentiasa dikunjungi kaum keluarga terdekat untuk membantu membuat persediaan sebelum majlis. Bukan ada apa sangat yang dibuat pun, sekadar memenuhi adat 'turung', kerana dianggap saling 'mapakaraja' keluarga. Hari ini hari dia, esok lusa, hari kita pula. Begitu uniknya Bugis... Yang banyak dibuat (kaum perempuan) masa tersebut hanyalah penyediaan makanan untuk makan tengahari dan makan malam. Yang makan pun orang yang datang 'turung' tadi...bukanlah yang itu saja. Sambil tu mereka buat kuih tradisional bugis untuk dihidangkan ketika malam berinai (wenni mappacci). Biasanya malam mappacci itu juga diadakan pertandingan bermain domino (kandang/domeng). Seronok.... tapi kalau mahu jadi juara mesti bersedia bersengkang mata hingga ke dinihari. Weh...bengkak mata. Esok majlis persandingan; orang lain sibuk, kita tidur hingga ke tengahari, bangun.... mata merah.


Tolong sambung yer....
avatar
Admin
Admin

Jumlah posting : 17
Location : Malaysia
Registration date : 29.12.07

Lihat profil user http://sipatuo.blogspot.com

Kembali Ke Atas Go down

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas


 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik