turunan tau ogik

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down

turunan tau ogik

Post  Rashid al bugisi on Wed Nov 11, 2009 1:19 am

Assalamualaikum aga gareba tau ogik maneng,
Saya Rashid keturunan bugis Generasi yang ke tiga asal moyang saya dari sulawesi diambil oleh Daeng Chelak sewaktu berperang di Serangor/Selangor selepas itu orang-orang bugis yang biasanya adalah pelaut ditempatkan Jeram Selangor di Klang bagi yang berketurunan Daeng . Malangnya keturunan bugis di jeram tidak lagi boleh bertutur didalam bahasa ougik mereka lebih dikenali sebagai melayu laut tinggal dipesisiran pantai kita hanya dapat mengenalorang-orang berketurunan bugis hanyalah melalui kegemaran mereka bermain kecapi yang ditukar dengan gitar , menjadi nelayan jarang yang suka bekerja dengan orang lama-kelamaannama bugis hanya tinggal pengenalan secara mulut sahaja iaini khabar...saya cukup kagum dengan semangat juang orang-orang bugis malangnya saya tidak tahu dari daerah mana datangnya ketrunan say say berusaha mencari persatuan bugis untuk meluahkan dan bersama-sama orang bugis tapi yang saya jumpa hanyalah Persatuan Jawa Peranakan di Selangor, Persatuan Minang Kabau Bersatu, Persatuan Banjar . Mandailing dan Lain lain tidak ada pertubuhan bagi suku kaum bugis,,,saya amat suka bergaul sehingga saya fasih berbahasa Minang dan Jawa.tetapi didalam hati saya tidak dapat menafikan darah bugis yang mengalir saya seolah-olah membohongi diri saya dengan melakonkan watak orang asing namun kini saya menganggapnya sebagai satu kelebihan . saya hanya boleh bercakap sikit=sikit dalam bahasa bugis kerana saya tidak bertutur dalam bahasa bugis didalam famili Insyaalah tahun hadapan saya dan keluarga akan ke Makassar itupun puas saya cari travel agency untuk ke sulawesi entah mengapa saya tak tahu mungkinkah terlalu jauh ? ........saya beranikan diri walaupun saya tiada saudara mara disana kalau adapun mungkin boleh dicari dengan kuasa mistik he...he... saya akan pergi melihat tanah wanuak moyangku tanah ougik ...dulu saya segan untuk memberi tahu bahawa saya berketurunan bugis mereka akan mengatakan bahawa saya berketurunan lanun lebih-lebih lagi bugis Selangor namun setelah saya selidiki banyak pejuang islam yang berasal dari bugis Raja Haji misalnya Tuan Sheikh Yusof Al Makassari dan lain-lain lagi saya lihat banyak kitab agama yang tidak sampai ke semenanjung
mungkin sebab jauh agaknya ...wallahualam 'Maneng tau ougik sampungiku......
Wassalam

Rashid al bugisi

Jumlah posting : 6
Registration date : 08.11.09

Lihat profil user

Kembali Ke Atas Go down

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik